Saturday 26 March 2011

SAUDAH BINTI ZAM’AH ( Muhajirah Balu Muhajir)
Beliau adalah Saudah binti Zam’ah bin Qais bin Abdu Syams bin Abdud daripada suku Quraisy al-Amiriyah. Dia seorang wanita yang cerdas dan mempunyai tubuh badan yang tinggi. Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Saudah setelah wafatnya Khadijah 3 tahun. Saudah adalah seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr. Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka nabi Muhammad s.a.w. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Mas kahwinnya ialah 400 dinar. Selain itu, beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya.Contohnya pada suatu hari, Saudah mengatakan kepada suaminya iaitu semasa beliau sedang sujud,beliau tidak dapat menahan sakit kerana hidungnya selalu tertekan kuat di atas lantai yang ketika itu Rasulullah sedang sujud dengan begitu lama. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.Rasulullah saw mengahwini Saudah pada usia 55 tahun, selepas kewafatan Khadijah. Saudah wafat pada akhir zaman kekhalifahan Umar bin Khattab.

No comments:

Post a Comment