Saturday, 26 March 2011

AISYAH BINTI ABU BAKAR (Wanita yang Dibersihkan Namanya dari Langit Ketujuh)
Aisyah bekahwin dengan Rasulullah SAW ketika berusia 9 tahun di Madinah. Pernikahan Rasulullah SAW dengan Aisyah adalah perintah daripada Allah Azzawajalla selepas kewafatan Siti Khadijah. Baginda menikahi Aisyah dan Saudah pada waktu yang sama tetapi Rasulullah tidak langsung hidup bersama Aisyah. Setelah lebih kurang tiga tahun hidup bersama Saudah, barulah Baginda menjemput Aisyah. Aisyah adalah seorang yang cerdik dan cintakan kebenaran. Menjadi kebiasaan bagi muslimat pada masa itu bertanyakan Asiyah tentang masalah agama. Aisyah banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah saw. Dia adalah seorang yang faqih di kalangan sahabat. Hingga dikatakan jika dikumpulkan semua ilmu di kalangan Ummu Mukminin maka Ilmu Aisyah melebihi mereka semua.Satu peristiwa besar menimpa Aisyah iaitu fitnah yang dilalkukan oleh orang munafik terhadap dirinya yang dikenali sebagai hadith ifkh ( berita bohong ). Keluarga Rasulullah saw dan seluruh umat Islam Madinah menanggung beban perasaan yang amat berat sehinggalah Allah menurunkan wahyu menyucikan Aisyah. Rasulullah saw wafat ketika Aisyah berusia 18 tahun dan Aisyah pula wafat pada usia 66 tahun.

No comments:

Post a Comment