Saturday 26 March 2011

KHADIJAH BINTI KHUWAILID (Tokoh Wanita Quraisy yang suci)
Beliau adalah merupakan isteri Nabi Muhammad SAW. yang pertama. Khadijah merupakan seorang wanita yang berfikiran tajam, tinggi cita-cita dan mempunyai peribadi luhur sehingga ramai sekali tokoh-tokoh Quraisy menaruh hati kepadanya. Sebelum berkahwin dengan Baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad SAW bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Nabi Muhammad SAW hidup bersama Khadijah sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum bithah dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya. Mas kahwin daripada nabi Muhammad SAW sebanyak 20 bakrah dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya sendiri Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.

No comments:

Post a Comment