Saturday 9 April 2011

Wahai kaum hawa sekalian. Bacalah blog ini untuk memantapkan lagi jati diri seorang wanita yang sejati.Selain itu juga , kisah perjalanan hidup isteri-isteri Nabi SAW  boleh dijadikan contoh kepada kaum wanita pendidik dan pejuang yang menanamkan keberanian dan kejujuran kepada generasi akan datang.

dickyklowor.wordpress.com

Saturday 26 March 2011

KHADIJAH BINTI KHUWAILID (Tokoh Wanita Quraisy yang suci)
Beliau adalah merupakan isteri Nabi Muhammad SAW. yang pertama. Khadijah merupakan seorang wanita yang berfikiran tajam, tinggi cita-cita dan mempunyai peribadi luhur sehingga ramai sekali tokoh-tokoh Quraisy menaruh hati kepadanya. Sebelum berkahwin dengan Baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad SAW bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Nabi Muhammad SAW hidup bersama Khadijah sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum bithah dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya. Mas kahwin daripada nabi Muhammad SAW sebanyak 20 bakrah dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya sendiri Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.
SAUDAH BINTI ZAM’AH ( Muhajirah Balu Muhajir)
Beliau adalah Saudah binti Zam’ah bin Qais bin Abdu Syams bin Abdud daripada suku Quraisy al-Amiriyah. Dia seorang wanita yang cerdas dan mempunyai tubuh badan yang tinggi. Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Saudah setelah wafatnya Khadijah 3 tahun. Saudah adalah seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr. Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka nabi Muhammad s.a.w. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Mas kahwinnya ialah 400 dinar. Selain itu, beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya.Contohnya pada suatu hari, Saudah mengatakan kepada suaminya iaitu semasa beliau sedang sujud,beliau tidak dapat menahan sakit kerana hidungnya selalu tertekan kuat di atas lantai yang ketika itu Rasulullah sedang sujud dengan begitu lama. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.Rasulullah saw mengahwini Saudah pada usia 55 tahun, selepas kewafatan Khadijah. Saudah wafat pada akhir zaman kekhalifahan Umar bin Khattab.
AISYAH BINTI ABU BAKAR (Wanita yang Dibersihkan Namanya dari Langit Ketujuh)
Aisyah bekahwin dengan Rasulullah SAW ketika berusia 9 tahun di Madinah. Pernikahan Rasulullah SAW dengan Aisyah adalah perintah daripada Allah Azzawajalla selepas kewafatan Siti Khadijah. Baginda menikahi Aisyah dan Saudah pada waktu yang sama tetapi Rasulullah tidak langsung hidup bersama Aisyah. Setelah lebih kurang tiga tahun hidup bersama Saudah, barulah Baginda menjemput Aisyah. Aisyah adalah seorang yang cerdik dan cintakan kebenaran. Menjadi kebiasaan bagi muslimat pada masa itu bertanyakan Asiyah tentang masalah agama. Aisyah banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah saw. Dia adalah seorang yang faqih di kalangan sahabat. Hingga dikatakan jika dikumpulkan semua ilmu di kalangan Ummu Mukminin maka Ilmu Aisyah melebihi mereka semua.Satu peristiwa besar menimpa Aisyah iaitu fitnah yang dilalkukan oleh orang munafik terhadap dirinya yang dikenali sebagai hadith ifkh ( berita bohong ). Keluarga Rasulullah saw dan seluruh umat Islam Madinah menanggung beban perasaan yang amat berat sehinggalah Allah menurunkan wahyu menyucikan Aisyah. Rasulullah saw wafat ketika Aisyah berusia 18 tahun dan Aisyah pula wafat pada usia 66 tahun.
HAFSAH BINTI UMAR ( Pemelihara Al-Quran)
Sebelum menjadi isteri Rasulullah saw. Hafsah telah berkahwin dengan Khunais bin Huidhafa bin Qais al-Sahami al- Quraisyi . Dia telah berhijrah ke Habsyah sebelum Madinah. Khunis telah turut serta dalam perang Badar. Semasa perang Uhud. Hafsah turut serta bersama suaminya Khunis . Hafsah merawat tentera yang terluka. Khunis syahid dalam perang Uhud. Selepas itu Rasulullah saw mengahwini Hafsah yang berusia 18 tahun ketika itu. Dia sangat rapat dengan Aisyah. Hafsah merupakan puteri kepada Umar Al-Khattab dan ibunya Zainab.Apabila mendapat berita tentang kelahiran puteri beliau,Umar Al-Khattab merasa malu kerana mengikut arab jahiliah sesiapa yang dapat anak perempuan maka akan menyebabkan hidup malang atau dikategorikan sebagai pembawa sial.Selepas peristiwa itu,Umar Al-Khattab lari ke Darul Nadwah kerana itu.Setelah beberapa tahun,ayahnya telah memeluk islam dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah SAW.
UMMU SALAMAH ( Isteri Rasulullah yang Pertama Masuk Madinah )
Namanya ialah Hindun binti Abi Umayyah bin al-Mughirah al- Makhzumiy dan berasal daripada suku Quraisy. Dia memeluk Islam bersama suaminya Abdullah bin Abdul Asad ( dikenali Abu Salamah ). Ummu Salamah digelar Perempuan Dua Hijrah , kerana ia berhijrah dua kali ke Madinah. Hijrah yang pertama gagal kerana dihalang oleh kaumnya. Ummu Salamah seorang isteri yang setia, taat dan benar- benar menunaikan apa yang menjadi hak suami ke atas dirinya. Ummu Salamah seorang janda tua dan mempunyai 4 orang anak dengan suami pertama yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad. Suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu lalu nabi Muhammad s.a.w. melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usia tuanya. Alasan umur turut digunakannya ketika menolak lamaran Abu Bakar dan Umar al Khattab. Lamaran kali kedua nabi Muhammad s.a.w. diterimanya dengan mas kahwin sebuah tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung. Ummu Salamah wafat pada usia lebih daripada 84 tahun.