Saturday 26 March 2011

KHADIJAH BINTI KHUWAILID (Tokoh Wanita Quraisy yang suci)
Beliau adalah merupakan isteri Nabi Muhammad SAW. yang pertama. Khadijah merupakan seorang wanita yang berfikiran tajam, tinggi cita-cita dan mempunyai peribadi luhur sehingga ramai sekali tokoh-tokoh Quraisy menaruh hati kepadanya. Sebelum berkahwin dengan Baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad SAW bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Nabi Muhammad SAW hidup bersama Khadijah sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum bithah dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya. Mas kahwin daripada nabi Muhammad SAW sebanyak 20 bakrah dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya sendiri Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.
SAUDAH BINTI ZAM’AH ( Muhajirah Balu Muhajir)
Beliau adalah Saudah binti Zam’ah bin Qais bin Abdu Syams bin Abdud daripada suku Quraisy al-Amiriyah. Dia seorang wanita yang cerdas dan mempunyai tubuh badan yang tinggi. Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Saudah setelah wafatnya Khadijah 3 tahun. Saudah adalah seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr. Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka nabi Muhammad s.a.w. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Mas kahwinnya ialah 400 dinar. Selain itu, beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya.Contohnya pada suatu hari, Saudah mengatakan kepada suaminya iaitu semasa beliau sedang sujud,beliau tidak dapat menahan sakit kerana hidungnya selalu tertekan kuat di atas lantai yang ketika itu Rasulullah sedang sujud dengan begitu lama. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.Rasulullah saw mengahwini Saudah pada usia 55 tahun, selepas kewafatan Khadijah. Saudah wafat pada akhir zaman kekhalifahan Umar bin Khattab.
AISYAH BINTI ABU BAKAR (Wanita yang Dibersihkan Namanya dari Langit Ketujuh)
Aisyah bekahwin dengan Rasulullah SAW ketika berusia 9 tahun di Madinah. Pernikahan Rasulullah SAW dengan Aisyah adalah perintah daripada Allah Azzawajalla selepas kewafatan Siti Khadijah. Baginda menikahi Aisyah dan Saudah pada waktu yang sama tetapi Rasulullah tidak langsung hidup bersama Aisyah. Setelah lebih kurang tiga tahun hidup bersama Saudah, barulah Baginda menjemput Aisyah. Aisyah adalah seorang yang cerdik dan cintakan kebenaran. Menjadi kebiasaan bagi muslimat pada masa itu bertanyakan Asiyah tentang masalah agama. Aisyah banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah saw. Dia adalah seorang yang faqih di kalangan sahabat. Hingga dikatakan jika dikumpulkan semua ilmu di kalangan Ummu Mukminin maka Ilmu Aisyah melebihi mereka semua.Satu peristiwa besar menimpa Aisyah iaitu fitnah yang dilalkukan oleh orang munafik terhadap dirinya yang dikenali sebagai hadith ifkh ( berita bohong ). Keluarga Rasulullah saw dan seluruh umat Islam Madinah menanggung beban perasaan yang amat berat sehinggalah Allah menurunkan wahyu menyucikan Aisyah. Rasulullah saw wafat ketika Aisyah berusia 18 tahun dan Aisyah pula wafat pada usia 66 tahun.
HAFSAH BINTI UMAR ( Pemelihara Al-Quran)
Sebelum menjadi isteri Rasulullah saw. Hafsah telah berkahwin dengan Khunais bin Huidhafa bin Qais al-Sahami al- Quraisyi . Dia telah berhijrah ke Habsyah sebelum Madinah. Khunis telah turut serta dalam perang Badar. Semasa perang Uhud. Hafsah turut serta bersama suaminya Khunis . Hafsah merawat tentera yang terluka. Khunis syahid dalam perang Uhud. Selepas itu Rasulullah saw mengahwini Hafsah yang berusia 18 tahun ketika itu. Dia sangat rapat dengan Aisyah. Hafsah merupakan puteri kepada Umar Al-Khattab dan ibunya Zainab.Apabila mendapat berita tentang kelahiran puteri beliau,Umar Al-Khattab merasa malu kerana mengikut arab jahiliah sesiapa yang dapat anak perempuan maka akan menyebabkan hidup malang atau dikategorikan sebagai pembawa sial.Selepas peristiwa itu,Umar Al-Khattab lari ke Darul Nadwah kerana itu.Setelah beberapa tahun,ayahnya telah memeluk islam dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah SAW.
UMMU SALAMAH ( Isteri Rasulullah yang Pertama Masuk Madinah )
Namanya ialah Hindun binti Abi Umayyah bin al-Mughirah al- Makhzumiy dan berasal daripada suku Quraisy. Dia memeluk Islam bersama suaminya Abdullah bin Abdul Asad ( dikenali Abu Salamah ). Ummu Salamah digelar Perempuan Dua Hijrah , kerana ia berhijrah dua kali ke Madinah. Hijrah yang pertama gagal kerana dihalang oleh kaumnya. Ummu Salamah seorang isteri yang setia, taat dan benar- benar menunaikan apa yang menjadi hak suami ke atas dirinya. Ummu Salamah seorang janda tua dan mempunyai 4 orang anak dengan suami pertama yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad. Suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu lalu nabi Muhammad s.a.w. melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usia tuanya. Alasan umur turut digunakannya ketika menolak lamaran Abu Bakar dan Umar al Khattab. Lamaran kali kedua nabi Muhammad s.a.w. diterimanya dengan mas kahwin sebuah tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung. Ummu Salamah wafat pada usia lebih daripada 84 tahun.
RAMLAH BINTI ABU SUFYAN ( UMMU HABIBAH ) Amat Setia Pada Agama
Nama beliau Ramlah Binti Abu Sufyan dan adalah anak kepada Abu Sufyan pemimpin kafir Quraisy sebelum penaklukan Makkah, sedangkan Ummu Habibah telah beriman sewaktu ayahnya masih dalam kekufuran. Sebelum berkahwin dengan Nabi saw. Ummu Habibah berkahwin dnegan Ubaidillah bin Jahsy saudara kepada Zainab binti Jahsy. Mereka telah berhijrah ke Habsyah. Setelah beberapa lama di Habsyah, suaminya Ubaidillah telah keluar dari Islam dan memeluk Nasarani, dan meninggal dunia di sana. Ummu Habibah tetap dengan Islam. Rasulullah SAW telah menghantar utusan dan menyuruh Najasyi Raja Habsyah mengawinkan Ummu Habibah dengannya. Ummu Habibah seorang janda. Melalui al Najashi, Nabi Muhammad s.a.w. melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dinar, dan dibayar oleh al- Najashi bagi pihak Baginda.
ZAINAB BINTI JAHSY (Ummul Mukminin yang Paling Mulia , Wali Nikah dan Jurudamai.
Dia adalah isteri kepada Ubaidah bin Al Harith sebelum berkahwin dengan Nabi saw. Zainab juga dikenali sebagai Ummu al Masakin. Berkahwin Nabi saw. ketika berusia 60 tahun dan meninggal 2 tahun kemudian.Dia ialah Ummul Mulminin Zainab binti Jahsy bin Ribab bin Ya’mar.Ibunya bernama Umaimah binti Abdul Muttalib , ibu saudara kepada Rasulullah SAW Zainab r.ha. dilahirkan dengan nama Barrah. Setelah berkahwin dengan Rasulullah SAW, namanya telah digantikan oleh baginda dengan Zainab. Ketika Rasulullah SAW meminang Zainab untuk dinikahkan dengan Zaid bin Haritsah (anak angkat Rasulullah SAW), sebenarnya Zainab dan keluarganya tidak menyukainya. Lantaran itu, ketika Rasullah SAW berkata kepada Zainab “Aku meredai Zaid untukmu”.Zainab menjawab “Tapi aku tidak menyukainya, wahai Rasulullah. Namun demi taat kepada perintah Allah dan Rasulnya Zainab bersedia untuk berkahwin dengan Zaid, akan tetapi rumah tangga mereka ternyata tidak harmoni. Zaid telah menceraikannya walaupun telah dinasihati oleh Baginda SAW. Upacara perkahwinan dilakukan oleh al-Abbas bin Abd al-Muttalib dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar bagi pihak nabi Muhammad s.a.w.

Thursday 24 March 2011

SAFIAH BINTI HUYAY ( Cendiakawan Bani Nadhir )
Namanya Sufiah binti Huyay binti Akhthab bin Sa’yah dan masih mempunyai nasab keturunan daripada al-Lawi , putera Nabi Ya’qub bin Ishak bin Ibrahim dan keturunan Nabi Harun  a.s .Safiah ialah seorang wanita berketurunan bangsawan , cerdik dan taat pada agama.Dia pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum menikahi Rasulullah SAW , iaitu Salam bin Abul Haqiq dan Kinanah bin Rab’ ( bin Abul Haqiq ).Kedua-dua bekas suaminya merupakan penyair yang terkenal pada zaman Yahudi.Rasulullah SAW  menawarkan Islam kepadanya dan ternyata Safiah menerimanya.Baginda lalu memberikan jubahnya kepada Safiah menandakan bahawa Baginda memilih Safiah untuk dirinya.Dalam Hadis Anas r.a menyebutkan bahawa ketika Rasulullah SAW hendak menikahi Safiah Baginda bertanya kepadanya “Adakah sesuatu yang engkau ketahui tentang diriku “Dia menjawab “Wahai Rasulullah aku sudah mengharapkan engkau sejak aku masih Musyrikin dan memikirkan bagaimana seandainya Allah mengabulkan keinginanku itu ketika aku sudah memeluk Islam.Dengan itu, Rasulullah SAW menikahi Safiah dengan mahar memerdekakannya daripada status tawanan. Safiah juga dicemburui oleh isteri-isteri Nabi yang lain kerana kecantikannya. Safiah wafat pada tahun 50-an Hijrah.
    JUWAIRIYAH BINTI AL-HARITH ( Pembawa Berkat bagi Kaumnya)
Namanya ialah Juwairiyah binti al-Harith bin Abu Dhirar bin Hubaib al-Khuza’iyyah dan daripada Bani Musthaliq . Dia ialah seorang wanita yang cantik dan termasuk di kalangan wanita-wanita yang ditawan oleh kaum Muslimin ketika mengalahkan Bani Musthaliq dalam peperangan Muraisi’.Dalam peperangan tersebut Juwairiyah detawan oleh Tsabit bin Qais bin Syammas atau saudara sepupu Tsabit .Ketika itu usianya baru 20 tahun.Disebabkan berstatus tawanan yang akan menjadi hamba , Juwairiah berkeinginan untuk menebus dirinya dari ditawan.Dengan itu dia berjanji dengan Tsabit dan Qais untuk menebus dirinya.Dia pun meminta bantuan kepada Rasulullah SAW agar baginda berkenan membebaskan dirinya .
   Melihatkan kedudukan Juwairiah sebagai wanita yang terhomat di mata kaumnya hati Nabi SAW berasa tergerak untuk membantu membebaskan dirinya daripada ditawan.Seterusnya , Nabi SAW bertanya kepada Juwairiah “Mahukah engkau sesuatu yang lebih baik daripada itu”Apakah ia wahai Rasulullah ?Baginda menjawab ‘Aku tebus dirimu dan akan kunikahi engkau”.Wajahnya yang cantik itu makin berseri-seri mendengar jawapan Nabi SAW.Dengan demikian masuklah Juwairiah dalam rumah tangga Nabi .Nabi pun menggantikan namanya daripada Barrah menjadi Juwairiah kerana Baginda tidak suka jika dikatakan  “Baru keluar dari tempat Barrah (orang yang suci daripada dosa).Juwairiah wafat pada tahun 50 Hijrah dan ada yang mengatakan pada tahun 56 Hijrah.
 MAIMUNAH BINTI AL-HARITH

 Maimunah Binti Al- Harith dan dikenali sebagai ( Ummul Mukminin Terakhir) .Sebelum memeluk Islam Maimunah pernah berkahwin dengan Mas’ud bin Amr al- Saqafi , akan tetapi dia sering tinggal di rumah kakaknya Ummul Fadhl sehingga dia banyak mendengar ajaran Islam dan cerita tentang penghijrahan kaum Muslimin , perang Badar dan Uhud .Hal ini meninggalkan kesan dan pengaruh terhadap dirinya .Maimunah dan Ummul Fadhl sangat gembira ketika mendengar berita kemenangan kaum Muslimin dalam perang Khaibar .Akan tetapi apabila ke rumah dia mendapati suaminya dalam keadaan sedih kerana berita yang sama .Perkara ini mencetuskan perselisihan faham di antara mereka dan akhirnya membawa kepada penceraian .Ketika waktu yang dijanjikan dalam perjanjian Hudaibiah berhubung kemasukan Nabi SAW bersama kaum Muslimin ke Makkah telah tiba , Baginda dan ahli-ahli rombongan kaum Muslimin memasuki Makkah dengan aman .Mereka tinggal de sana selama tiga hari untuk menunaikan ibadah haji tanpa sebarang gangguan daripada pihak Quraisy .
   Sepanjang tempoh itu Nabi sempat bertahalul tanpa rasa takut walau sedikit .Sementara pada waktu itu , di Makkah masih terdapat beberapa orang lelaki dan wanita yang masih menyembunyikan keimanan mereka .Namun mereka yakin bahawa pertolongan akan segera tiba dalam waktu terdekat .Maimunah merupakan di antara mereka yang menunggu –nunggu pertolongan tersebut .Dia pun turut mendengar laungan kalimah talbiah dengan perasaan yang penuh khusyuk.Maiminah tidak hanya berhenti hingga setakat itu dan didorong rasa cintanya kepada Islam dan keberaniannya , dia segera mengumumkan keinginannya untuk bergabung dengan Nabi dan para sahabat .Bahkan dia juga mengungkapkan ingin turut bergabung dalam rumah tangga Nabi SAW.Suatu ketika Maimunah mengutarakan kepada kakaknya Ummul Fadhl tentang keinginannya untuk menjadi salah seorang Ummul Mukminin.Kemudian kakaknya menyampaikan hasrat tersebut kepada suaminya.Abbas tanpa ragu-ragu segera menyampaikan keinginan Maimunah itu kepada Nabi dan ternyata Baginda menerimanya. Selanjutnya , Nabi memberikan mahar kepada Maimunah sebanyak 400 dirham.Sepeninggalan Nabi SAW , Maimunah hidup selama 50 tahun .